Engkau Boleh Belajar Dengan Jiwa Engkau Sendiri


Sepatutnya engkau boleh belajar dengan jiwa engkau sendiri

Itulah yang dikatakan fitrah semulajadi

Ilmu Islam hanya menguatkan sahaja

Fitrah semulajadi manusia sama sahaja

Apa yang dimaksudkan boleh belajar dengan jiwa atau perasaan sendiri?

Iaitu jiwa kita kan suka dikasihi orang

Begitulah perasaan orang lain

Sepatutnya kita boleh memberi kasih sayang kepada orang lain pula

Jiwa kita suka dibantu terutama di waktu kesusahan

Mengapa kita tidak suka membantu orang seperti kita suka dibantu?

Jiwa kita terhibur kalau ada ilmu, kekayaan dan lain-lain kesenangan

Sepatutnya kita rasa terhibur dengan keistimewaan orang lain

Sepertimana yang kita rasa dan suka

Cukuplah itu contoh yang kita datangkan

Jadi manusia boleh belajar dengan jiwa dan perasaan sendiri

Cuma ilmu Islam datang menyuburkan sahaja atau menguatkan sahaja

Namun demikian tidak ramai orang boleh belajar dengan jiwa sendiri

Kerana itulah peri kemanusiaan sudah hilang, bertimbang rasa dengan manusia sudah gersang

Kehendak jiwa sendiri tidak dapat diapplykan kepada orang lain

Sepertimana orang lain juga tidak dapat lakukan kepada kita

Kerana masing-masing terlalu mementingkan diri

Cintakan Tuhan sudah hilang dari jiwa manusia

Akibatnya cinta sesama manusia kering kontang

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi